Thursday, June 11, 2009

Abah Masuk Wad 11/6/2009( Khamis)

Assalamualaikum..
Hari ni, aku dikejutkan dengan panggilan dari kg pada jam 2.00 pagi. Aku tengah lena tido. selalunya ringtone M. Nasir ni hanya berbunyi pada waktu malam untuk mengejut aku supaya bangun untuk buat assignment. Tapi rupa-rupanya panggilan dari adikku iaitu kak teh yang minta aku segera balik ke kg kerana keadaan abah yang tidak stabil. Pada mula aku agak terpinga-pinga maklumlah baru tido sebab esok aku nak jumpa lecturer. Bila aku dah sedar sepenuhnya aku berbincang dengan hubby macam mana. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik ke kg segera. Aku bertolak dari rumah jam 2.45 pagi. Aku hanya membawa peralatan yang perlu dan aku merancang untuk duduk di kg sehingga keadaan abah stabil. Malam tu, aku terus balik ke kg dan sampai pada pukul 4.45 pagi. Aku lihat mak duduk termenung dan mungkin dalam fikirannye apalah yang akan berlaku pada hubbynye.... kami bercadang untuk melawat abah pagi-pagi esok.. Emak dah bising sujruh aku mandi... nanti ajelah aku sambung semula... cerita. aku risau juga kalau mandi malam-malam ni seram..
Tq kak tam kiut sebab tumpang blog

No comments:

Post a Comment